meramal nasib dunia dengan melihat awan


Bandung, Kompas – Banyak orang di Kota Bandung penasaran melihat awan yang muncul di langit Bandung, Selasa (2/8), melintang dari timur ke barat. Peneliti dari Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional mengatakan, tipikal awan itu memang bukan awan cuaca.

“Tidak ada salahnya jika masyarakat siaga sejak dini terhadap kemungkinan gempa. Untuk memastikan apakah awan aneh itu adalah awan gempa, perlu penelitian panjang,” ujar Bambang Siswanto, Kepala Bidang Pemodelan Iklim, Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), di Bandung. Menurut dia, tipikal awan itu bukan awan sirus, kumulus, dan stratus.

Dia mengatakan, Lapan belum bisa menentukan apakah awan tersebut ada hubungannya dengan gempa karena data masih sedikit. “Kami para peneliti pun ingin tahu karena ada referensi tentang hubungan antara gempa dan awan,” kata Bambang.

Peneliti meteorologi di Lapan lainnya, Dadang Subarna, melihat awan itu sekitar pukul 09.00 saat berkendara ke kantor. Ia melihat tiga lintasan awan berupa garis lurus. “Waktu saya mengecek gambar-gambar awan di internet, awan seperti itu dikategorikan sebagai bukan awan cuaca,” kata Dadang. Kesimpulannya sama dengan Bambang.

Selasa pukul 16.00, awan sejenis muncul lagi, kali ini satu baris. Dadang mendokumentasikannya karena dari pengalaman, masyarakat Bantul, DI Yogyakarta, melihat awan panjang melintang di langit Yogyakarta sebelum gempa Pangandaran.

Masyarakat China sudah mengamati awan gempa sejak 384 tahun lalu. Awan gempa terjadi karena gesekan di sumber gempa yang menimbulkan retakan dan panas di dalam bumi. Suhu panas ini mendidihkan air tanah sehingga menghasilkan uap. Karena temperatur dan tekanan yang sangat tinggi, uap air keluar melalui celah-celah retakan, bergerak ke permukaan bumi. Pada ketinggian tertentu uap itu bertemu dengan udara dingin sehingga terbentuk awan.

Bentuk awan gempa antara lain memancar, lurus, berlipat seperti lampion, bergelombang, atau seperti bulu ayam. Selalu ada pusaran awan di sebuah titik awan itu. Awan gempa pernah teramati beberapa hari sebelum gempa terjadi di berbagai wilayah, seperti di China Barat, Jepang, Amerika Serikat, dan Indonesia.

apakah awan bisa mennjukkan nasib dunia.. berikut ini beberapa penjelasan mengenai awan

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

Peringkat

Kawasan Tropika

Kawasan Berhawa Sederhana

Kawasan Kutub

Tinggi

6 – 18km

5 – 13 km

3 – 8 km

Pertengahan

2 – 8 km

2 – 7 km

2 – 4 km

Rendah

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:

  1. Awan peringkat rendah         : Stratokumulus dan stratus.
  2. Awan peringkat pertengahan :  Altokumulus.
  3. Awan peringkat tinggi           : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

Peringkat

Kawasan Tropika

Kawasan Berhawa Sederhana

Kawasan Kutub

Tinggi

6 – 18km

5 – 13 km

3 – 8 km

Pertengahan

2 – 8 km

2 – 7 km

2 – 4 km

Rendah

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi ke 2 km

Dari paras muka bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:

  1. Awan peringkat rendah         : Stratokumulus dan stratus.
  2. Awan peringkat pertengahan :  Altokumulus.
  3. Awan peringkat tinggi           : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:

  1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.
  2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah .
  3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar  awan  berikut  diambil di Semenanjung  Malaysia, kebanyakannya di Negeri Selangor pada bulan Mei, Jun dan  Julai 2002. Warna  kekuningan  oren  sesetengah  awan  adalah  disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi  semua  genera  tersebut  diatas  tetapi  akan  ditambah  dan/atau disemak semula dari masa kesemasa  dan  diganti  dengan gambar-gambar awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan berkaitan di Malaysia.

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds):


_________________________________________________

Kumulonimbus (Cb)

Ini  adalah   satu  pandangan  jarak  jauh   deretan  awan  Kumulonimbus (Cb)  di  Selat  Melaka. Awan-awan ini  tinggi  berwarna  putih / gelap. Tapaknya  terletak  pada ketinggian  kira-kira  1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai  ketinggian  melebihi 35000 kaki. Pembentukan deretan awan ini merupakan  satu  ciri  biasa  pada awal  pagi  Monsun  Barat Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat  menyebabkan  awan-awan itu  kelihatan  bersambung. Warna kuning  keemasan itu  disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb  menunjukan kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.

_________________________________________________

Kumulus Kongestus

LL2. Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang  sedang berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan  permukaan tanah dan  perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti ‘popcorns’ dengan tepian nyata(clear outline). Warnanya putih pada puncak  kerana semua  gelombang  sinar  suria  dipantulkan  pada  kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan  oleh penembusan terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang selebihnya  kerana  titisan air  besar. Dengan  kandungan  kelembapan dan penaikan udara  mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang atau lewat petang.

_________________________________________________

Kumulus Humilis

LL3. Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna  putih dengan  ketinggian terhad. Songsangan suhu pada  paras  atas  atmosfera  menghalang  pertumbuhan terus  awan lalu berlaku  penghamparan yang menyebabkannya  kelihatan  memanjang. Rupa  serabut  puncak  awan  dan  langit  biru   menunjukan kewujudan udara kering diatas awan.

_________________________________________________

Stratokumulus

LL4. Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian puncak awan kumulus yang  terbentuk pada waktu  petang menghampar dibawah songsangan suhu. Awan-awan ini terjadi pada lewat  petang dan senja apabila  atmosfera mula menjadi stabil. Warna kekuningan muda adalah  disebabkan  pantulan sinaran suria pada waktu  senja. Stratokumulus  juga akan boleh terjadi tanpa penghamparan awan kumulus.

_________________________________________________

LL5. Fracto kumulus dan Kumulus cuaca cerah

LL5. Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga kelihatan putih kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit, mencapai ketinggian  terhad seperti dibahagian bawah foto. Kejadian kedua – dua jenis awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering.

_________________________________________________

LL6. Frakto stratus

LL6. Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan  muda latar  belakang adalah disebabkan oleh pantulan  sinaran  suria  waktu  senja oleh  sirrostratus yang terjadi selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.

_________________________________________________

Awan Peringkat Pertengahan

_________________________________________________

MM1. Altokumulus(Ac)

MM1. Altokumulus (Ac) dilihat  tegak diatas kepala. Tiap-tiap  elemen  nampak jelas tersisih antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang mana membezakannya daripada Sirokumulus.

_________________________________________________

MM2. Altocumulus (Ac)

MM2. Altokumulus(Ac), awan berwarna kelabu/putih dilihat pada waktu senja. Sinaran suria waktu senja yang  menyebabkan  awan-awan ini  berwarna  kekuningan  muda dapat  dilihat menerusi awan-awan itu. Elemen-elemen  awan  itu  nampaknya  sedang  berubah disebabkan penghamparan dibawah atmosfera yang sedang menjadi stabil.

_________________________________________________

MM3. Altostratus


MM3. Altostratus(As), awan  kekelabuan  meliputi  hampir  keseluruhan  langit. Matahari nampak malap menerusi awan ini. Gambar ini diambil pada awal senja selepas sedikit hujan.

_________________________________________________

MM4.  Altostratus(As)

MM4. Altostratus(As),  awan  kekelabuan (bergantung kepada ketebalan)  peringkat  pertengahan  yang menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan ini terjadi dalam lapisan atmosfera stabil dan boleh menjadi  tebal  apabila  cukup  kelembapan  dan  penyejukan.  Hujan  berterusan  pada waktu senja dan malam selepas aktiviti ribut petir pada lewat petang dan senja adalah disebabkan perkara ini. Awan-awan di atas terbentuk pada waktu senja dan  malam hari terdahulu, mula  menghilang  apabila matahari terbit pada awal pagi. Awan-awan berlapis ini masih boleh dilihat pada bahagian bawah gambar.

_________________________________________________

Awan Peringkat Tinggi

HH1. Sirus(Ci)


HH1. Sirus(Ci), awan  berupa  filamen/cangkuk  ditiupkan  dari  kanan  ke kiri dalam angin timuran yang begelora. Awan-awan  ini  terdiri  daripada  hablor  ais  yang  terjadi  disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera.

_________________________________________________

HH2. Sirus(Ci)

HH2. Awan Sirus(Ci) ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas terdiri daripada hablur-hablur ais.

_________________________________________________

HH3. Sirus(Ci)

HH3. Jaluran awan Sirus(Ci) ditiup oleh angin timuran yang bergelora. Warna merah keputihan yang menakjubkan itu  adalah  disebabkan  sinaran suria semasa matahari terbit. Awan-awan ini bergerak pantas dari timur ke barat Kuala Lumpur pada kira-kira 0000Z pagi dalam bulan Mei 2002.

_________________________________________________

HH4. Sirus Beralun

HH4. Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.

_________________________________________________

HH5. Sirokumulus(Cc)



HH5. Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah sinaran suria putih.

_________________________________________________

sumber :

http://www2.kompas.com/kompas-cetak/0608/03/daerah/2855717.htm
http://www.met.gov.my/malay/pendidikan/pencerapan/awan4.html

1. http://vortex.plymouth.edu
2. http://millville.org
3. http://ocs.orst.edu


About these ads

5 Komentar

Filed under keajaiban, ramalan, Tip & Trik

5 responses to “meramal nasib dunia dengan melihat awan

  1. raka

    …sip mas artikelnya..bikin gw nambah wawasan…

  2. makasih atas artikelnya ya . dapat menambah wawasan saya . thanks … :)

  3. wah, ngeri jg yaaatrima kasih jd tambah pengetahuan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s